Saturday, January 28, 2012

KATA –KATA ALUAN BEKAS YANG DIPERTUA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU


Bismillahirrahmannirrahiim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

            Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya ,kita berkesempatan untuk bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 ini. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada kepimpinan, barisan jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) serta semua ibubapa  yang telah member komitmen begitu baik dalam usaha mendukung dan memartabatkan agenda pendidikan Negara kearah melahirkan modal insan yang cemerlang.

            Saya bagi pihak kepimpinan PIBG ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pengetua bersama barisan guru-guru yang begitu komited, serta telah membuktikan arah tuju kepimpinan bagi pencapaian prestasi akademik yang begitu memberangsangkan di sekolah ini.
            Pada tahun 2012-2015 , PIBG dan pihak sekolah meletakkan harapan kecemerlangan “transformasi nilai berganda’ sebagai langkah utama untuk meningkatkan pencapaian luar biasa. Berdasarkan kepada pencapaian prestasi cemerlang yang diharapkan ,diminta semua ibubapa mesti mengambil langkah berusaha semaksima mungkin  bagi menggalakkan dan meningkatkan keprihatinan terhadap keperluan pendidikan anak-anak kita pada keseluruhannya.
Semoga usaha-usaha kita ini dipermudahkan  dan diberkati oleh Allah SWT
Sekian saja, wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum wbt.
Terima kasih,

………………………………..
(En Mohd Suhada Bin Md Munir)
Yang Dipertua PIBG

1 comment:

  1. Tahniah atas daya usaha untuk mengemaskinikan blog ini, moga blog ini di iktiraf sebagai sumber maklumat kepada aktiviti PIBG SMKPG 2. Keep it up.

    ReplyDelete