Monday, February 6, 2012

Ucapan Yang DiPertua PIBG 2012/2013


Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbkth
Alhamdulillahirrabbil alamin , Wasolla tu wasolla mua’ala asyrafil anbia iwar mursalin , Wa’ ala alihi wa’as hobii ajma’in.
Rab’bil sa’ahri sodri wa yau’ sirli amri wah’ lul un’datol mil lis’sini yaf kahu kauli.
Yang berusaha  Pn .Hjh. Zainab Bte Johari  Pengetua SMKPG2 , Pn.Nihayatun Bte Razali,  Penolong Kanan 1, En. Sukor Bin Mat Jait Penolong kanan HEM , Pn.Sanisah bte Miskam Pen.Kanan Pra-U, Pn.Surieyani bte Samsuddin Pen.Kanan ko-korikulum, Pn. Hasidah bte Jafri  Pen.Kanan Pendidikan Khas, Pn. Hasanah bte Ahmad Penyelia Petang, Guru-guru cemerlang, guru-guru SMKPG 2.
Yang di hormati  Mantan YDP PIBG SMK PG2, En. Mohd Syuhada Md.Munir, barisan Jawatankuasa PIBG 2011/2012 yang banyak mengajar saya dalam persatuan PIBG yang lepas.
Yang  di Hormati barisan jawatankuasa PIBG 2012/ 2013 yang baru di lantik, Tahniah, moga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan.
Yang di hormati tuan-tuan dan puan-puan yang masih lagi setia menunggu hingga ke penghujung mesyuarat ini, alhamdulilah syukur kita kehadrat Allah S.A.W kerana izinya dapat kita bersama dalam Mesyuarat Agung kali ini, yang saya rasakan macam mesyuarat Agung Sekolah Menengah Perempuan Taman Mawar, bila mendengar Puan Pengetua memperkenalkan guru-guru di sekolah ini,yang sangat nyata guru perempuan mendominasi semua ketua-ketua bidang, Apapun bukan itu menjadi masalah kepada PIBG sekolah kita.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan juga guru-guru di dalam dewan ini kerana memberi  kepercayaan kepada saya untuk menerajui PIBG ini bagi penggal 2012/ 2013.
Tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir mesyuarat ini kerana inilah tanda sokongan tuan-tuan dan puan - puan terhadap kepentingan pelajaran anak-anak, ingatlah bahawa anak adalah amanah Allah S.W.T kepada kita, wajib bagi kita untuk memberi pelajaran kepada mereka,tetapi oleh kerana kita ada kekurangan maka tugas mendidik itu di serahkan kepada guru-guru, walaubagaimanapun  janganlah di lepaskan bulat-bulat segalanya kepada guru, kita masih punya peranan dan tanggungjawab dengan menyokong segala usaha murni guru untuk mendidik anak-anak kita, satu daripadanya ialah meluluskan usul bayaran  tambahan yang di bentangkan supaya segala perancangan untuk membantu mendidik anak-anak dapat berjalan lancar, Insyallah Saya selaku YDP akan memantau perjalanan perbelanjaan kewangan tersebut agar di gunakan sebaiknya.
Saya juga menyeru ibu bapa agar sentiasa berkerjasama dengan pihak sekolah terutama apabila ada program-program yang memerlukan kehadiran ibu bapa agar dapat hadir walaupun terpaksa berjalan kaki kerana itu akan memberi motivasi kepada anak-anak agar tekun dalam  pelajarannya, berkorban lah demi pelajaran anak-anak. 
Dalam ucapan Puan Pengetua tadi kita di maklumkan bahawa Sekolah kita ada pada prestasi yang di letakkan dalam kategori Band 5,. Saya mahu prestasi sekolah ini akan melonjak ke Band 1, justeru itu saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan yang ada di dalam dewan ini untuk bekerja kuat melonjakkan Sekolah kita ke Band 1, saya sedari tugas itu bukanlah mudah kerana ramai pelajar cemerlang kita telah berpindah ke sekolah lain begitu juga guru-guru berpengalaman sekolah kita di tukarkan ke sekolah-sekolah lain. Walaubagaimanapun saya yakin dan percaya pada guru-guru yang ada di sekolah ini mampu untuk mencipta kejayaan cemerlang kepada anak-anak kita, itu sebabnya saya  tidak pindahkan anak-anak saya ke sekolah lain kerana atas kepercayaan bahawa guru-guru di sekolah ini adalah guru-guru yang terbaik. Marilah kita bersama-sama mengubah Band 5 kepada Band 1. Insyallah. Kita mampu melakukannya jika kita yakin kepada Allah S.W.T
Sekian ucapan penangguhan saya,
Wabillah hi taufik wal hidayah wassala mualaikum wbkth.