Saturday, January 28, 2012

Kata-Kata Aluan Pengetua Sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 19


KATA-KATA ALUAN PENGETUA

SMK PASIR GUDANG  (2).PASIR GUDANG


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sebagai pembuka kata ,marilah  kita bersama-sama  mengucapkan syukur kita  kehadrat Allah SWT katas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu  maka mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-19 dapat diterjemahkan pada hari ini.

Di kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari masa ke semasa supaya SMK Pasir Gudang (2)  menjadi sebuah sekolah yang gemilang.

Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita .Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan.

Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi  insan yang cemerlang dari segi sahsiah , akademik serta kokurikulum.

Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi  insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia.

Sekian Terima kasih,

( HJH ZAINAB BINTI JOHARI)
Pengetua           

1 comment:

  1. Tulisan berwarna kuning tidak dapat baca, background autumn temperate seasons, look nice but may not suitable for direct informative.
    Sorry just my point of view.

    ReplyDelete