Thursday, March 15, 2012

Ucapan Yang DiPertua PIBG sempena Hari Terbuka SMK Pasir Gudang 2

 
Assalamualaikum wbkth.
 Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terima kasih Ustaz Azrol selaku pengerusi majlis,

Yang berbahagia Pn. Nihayatun Md Razali Pen.Kanan Pentadbiran.
Yang berbahagia Tn. Hj.Shukor Jahid Pen.Kanan HEM,
Pn.Surieyani Shamsuddin Pen Kanan ko-ko
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru-guru berdidikasi, Ibu-ibu,bapa-bapa dan anak-anak sekelian

Syukur alhamdulilah dan terima kasih saya kepada pihak sekolah kerana memberi ruang kepada saya selaku YDP PIBG SMK PG 2 sessi 2012/2013 untuk berucap di hadapan tuan-tuan ,puan-puan serta anak-anak yang ada di dalam dewan ini.

Hari ini adalah perjumpaan khas untuk ibu bapa pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan kebangsaan pada tahun ini, tahniah kepada ibubapa cemerlang yang dapat meluangkan masa yang berharga untuk perjumpaan ini, tahniah juga kepada pihak sekolah yang mengusahakan pertemuan ini, moga dengan perjumpaan ini hubungan antara pihak guru dan ibubapa terlibat dapat di jalinkan, hal ini amat penting terutama kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama, inilah peluang dan masa yang terbaik untuk ibubapa mendengar sendiri dari guru-guru terlibat tentang prestasi anak-anak.

Saya menyeru semua ibubapa memberikan kerjasama yang baik kepada para guru dalam menjadikan SMKPG 2 ini sebagai sekolah unggul menghasilkan ramai pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR.SPM dan STPM pada tahun ini, Hakikatnya  prestasi cemerlang menjadi kayu pengukur untuk mengangkat martabat sesebuah sekolah.. Di atas bahu anak-anak kita inilah di sandarkan harapan. Ingatlah dan percayalah anak-anak kita mempunyai potensi untuk cemerlang, Allah tidak membezakan antara anak kita dengan anak orang lain yang cemerlang , tetapi usaha kita yang menentukan samada anak kita sama atau lebih cemerlang daripada anak orang lain. Marilah kita berkerjasama dengan pihak sekolah dalam mencapai sasaran PIBG untuk melihat tahun ini sekurang-kurangnya 20 pelajar PMR mendapat 8A, 20 orang pelajar SPM mendapat 9A , manakala 20 pelajar STPM mendapat  3 pointer keatas. Marilah kita meletakkan nama anak kita di kelompok tersebut.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang di hormati.

Saya yakin dan percaya para guru dan pentadbir di Sekolah ini mempunyai kepakaran yang luar biasa untuk memimpin anak –anak kita kearah wawasan tersebut. Ibubapa memerlukan anjakan transormasi dalam mencapai cita-cita tersebut  kita, saya, tuan-tuan dan puan-puan  tidak boleh lagi hanya berharap kepada guru , kita terlalu bersikap lepas tangan dalam hal-hal pembelajaran anak-anak, memang hakikatnya kita tidada kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran anak-anak, tetapi  hal itu tidak patut habis disitu sahaja, kita masih boleh membantu pihak sekolah dengan cara lain iaitu dengan cara memberikan sumbangan kewangan sepertimana yang di tetapkan oleh pihak PIBG. Berilah sumbangan dengan hati yang ikhlas bukan kerana terpaksa atau di paksa, keikhlasan itu akan menjadi jambatan untuk anak-anak kita mudah dalam pelajaran. Bayaran sumbangan itu bukanlah di buat secara membuta tuli tetapi setelah mengambil kira segala keperluan minima setiap pelajar. Saya mengucapkan terima kasih kepada puan pengetua yang inovatif menaikkan bayaran program peningkatan prestasi untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan umum utama tahun ini,dengan peningkatan sumbangan itu maka lebih banyak program peningkatan prestasi akan dapat di laksanakan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati,

Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri mesyuarat agung PIBG salah sebuah sekolah kawalan di daerah Pasir Gudang ini, dan saya mendapat maklumat tahun 2011 sekolah mereka menghasilkan 68 orang pelajar mendapat 8A, 20 orang mendapat 7A,dan 11 orang mendapat 7A 1 B dalam peperiksaan PMRnya. Saya melihat senarai bayaran sumbangan Ibubapa,lebih tinggi dari sekolah kita, yang paling ketara adalah bayaran program peningkatan prestasinya dengan bayaran RM 100 untuk semua kelas-kelas peperiksaan, manakala sekolah kita RM 30 untuk kelas PMR dan RM 50 untuk kelas –kelas  SPM dan STPM.

Ada yang berbunyi memang patutlah mereka meminta RM 100 kerana mereka
Sekolah kawalan, pelajar-pelajar mereka memang dah pandai, Sekolah kita sekolah luar bandar murid-murid  dikutip dari mereka yang tidak cemerlang dalam pelajaran, sebenarnya anggapan itu tidak benar dan tidak mempunyai asas, tanggapan itu hanya merugikan kita sendiri, Ibubapa harus keluar dari tanggapan itu, sedarlah bahawa proses kematangan tiap-tiap pelajar itu berbeza, ada yang cemerlang sejak UPSR, ada yang cemerlang masa PMR, ada yang cemerlang masa SPM dan ada yang cemerlang masa STPM.

Mulai tahun ini PIBG mencadangkan agar pihak sekolah memperkenalkan sistem pengenalan murid cemerlang bagi tiap – tiap aliran, semoga dengan adanya sistem ini akan menjadi motavasi kepada murid-murid untuk berlumba-lumba mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan. PIBG juga tidak melupakan usaha untuk membentuk sahsiah cemerlang pelajar –pelajar melalui aktiviti-aktiviti keagaman dan kemasyarakatan. Saya menyeru ibubapa agar selalu meluangkan masa untuk anak-anak dengan menyertai setiap program yang di anjurkan oleh pihak sekolah yang memerlukan kehadiran ibubapa.
 Marilah kita merealisasikan slogan masyarakat untuk sekolah dan sekolah untuk masyarakat.

Sekian wabillah hi taufik wal hidyah wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakattuh.

Wednesday, March 7, 2012

SEKALUNG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH


Assalamualaikum w.bkt,  Salam Sejahtera  dan  Salam satu Malaysia.

Bagi pihak ibu bapa pelajar-pelajar  STPM tahun 2011, yang telah menerima keputusan peperiksaannya hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH DAN TERIMA KASIH kepada semua tenaga pengajar tingkatan 6 Sekolah Menegah Kebangsaan Pasir Gudang 2 yang telah berjaya memimpin dan mendidik anak-anak kami menempa kejayaan di dalam peperiksaan tersebut.

Buat anak-anak yang telah berjaya, kamu telah berjaya membuktikan kepada adik-adik lain bahawa kejayaan yang cemerlang boleh di capai jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa.Kejayaankamu hari ini menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM pada tahun ini.

Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah kamu peroleh hari ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa kamu juga pastinya sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua. Pasti mereka sentiasa tersenyum melihat kejayaan kamu kerana titik peluh mereka selama ini untuk melihat kejayaan kamu menjadi kenyataan pada hari ini.

Kepada anak-anak yang kurang berjaya, jangan berputus asa, tidak berjaya hari ini bukan bermakna kita perlu terus menutup buku kejayaan untuk perkara-perkara lain, mungkin anak-anak tidak merasai kejayaan dalam pelajaran tapi jika rajin berusaha kamu akan Berjaya dengan cmerlang dalam bidang lain, teruskan berusaha kerana menuntut ilmu tiada akhirnya.

Kepada pihak pengurusan sekolah saya berharap kejayaan yang di tempa hari ini menjadi model untuk kejayaan  akan  datang, Saya berharap seluruh tenaga pengajar dan  pelajar - pelajar tingkatan 6 atas  yang akan mengambil peperiksaan STPM hujung tahun ini  ( 2012) akan berusaha lebih gigih untuk meningkatkan pencapaian. Kejayaan ini secara langsung telah menaikkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 .

Sekian, TAHNIAH dan terima kasih.

Ramli Ahmad
Yang dipertua PIBG
Sek.Men. Kebangsaan Pasir Gudang 2