Thursday, February 7, 2013

Mesyuarat Agung Kali ke 20

MESYUARAT AGUNG KALI KE 20 SMK PASIR GUDANG 2


Pada hari Sabtu yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 20. Mesyuarat Agung telah bermula pada jam 8.30am dengan 
dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan Kata Kata Aluan Pengetua dan seterusnya Kata Kata Aluan YDP 2011/2013.
  
 Pelbagai agenda telah dibincangkan sepanjang 4 jam itu. Antara agenda yang telah 
dibincangkan adalah:

1) Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 20

2) Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2012/2013

3) Membentang , Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31   
     Disember 2012

4) Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013

5) Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2013/2014

      dan 

6) Membincangkan usul- usul


 Para Ibu Bapa yang hadir telah banyak memberikan sokongan serta banyak menyumbang idea untuk kecemerlangan sekolah serta pendidikan anak anak mereka.

Majlis telah tamat pada jam 12.30pm dengan nyanyian lagu Negaraku.

1 comment: