Wednesday, March 7, 2012

SEKALUNG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH


Assalamualaikum w.bkt,  Salam Sejahtera  dan  Salam satu Malaysia.

Bagi pihak ibu bapa pelajar-pelajar  STPM tahun 2011, yang telah menerima keputusan peperiksaannya hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH DAN TERIMA KASIH kepada semua tenaga pengajar tingkatan 6 Sekolah Menegah Kebangsaan Pasir Gudang 2 yang telah berjaya memimpin dan mendidik anak-anak kami menempa kejayaan di dalam peperiksaan tersebut.

Buat anak-anak yang telah berjaya, kamu telah berjaya membuktikan kepada adik-adik lain bahawa kejayaan yang cemerlang boleh di capai jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa.Kejayaankamu hari ini menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM pada tahun ini.

Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah kamu peroleh hari ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa kamu juga pastinya sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua. Pasti mereka sentiasa tersenyum melihat kejayaan kamu kerana titik peluh mereka selama ini untuk melihat kejayaan kamu menjadi kenyataan pada hari ini.

Kepada anak-anak yang kurang berjaya, jangan berputus asa, tidak berjaya hari ini bukan bermakna kita perlu terus menutup buku kejayaan untuk perkara-perkara lain, mungkin anak-anak tidak merasai kejayaan dalam pelajaran tapi jika rajin berusaha kamu akan Berjaya dengan cmerlang dalam bidang lain, teruskan berusaha kerana menuntut ilmu tiada akhirnya.

Kepada pihak pengurusan sekolah saya berharap kejayaan yang di tempa hari ini menjadi model untuk kejayaan  akan  datang, Saya berharap seluruh tenaga pengajar dan  pelajar - pelajar tingkatan 6 atas  yang akan mengambil peperiksaan STPM hujung tahun ini  ( 2012) akan berusaha lebih gigih untuk meningkatkan pencapaian. Kejayaan ini secara langsung telah menaikkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 .

Sekian, TAHNIAH dan terima kasih.

Ramli Ahmad
Yang dipertua PIBG
Sek.Men. Kebangsaan Pasir Gudang 2

No comments:

Post a Comment