KATA KATA ALUAN PENGETUA SMK PASIR GUDANG 2
BAGI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 20 (2013/2014)
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Sebagai
pembuka kata marilah kita sama sama mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas
limpah kurniaNya maka dengan segala perancangan dan usaha yang jitu, Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 20 dapat diterjemahkan pada hari ini.
Dalam
alam persekolahan, guru bukan hanya berperanan untuk mengajar ilmu-ilmu yang
tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan tetapi juga berperanan
untuk mendidik , melatih dan membentuk anak anak supaya menjadi pelajar yang
pandai, bermaruah, berkeperibadian tinggi, serta memiliki sifat sifat
kesahsiahan yang terpuji. Di alam inilah proses mengasah dan memajukan
pertumbuhan serta perkembangan seseorang individu dari aspek jasmani, akal,
emosi, sosial dan moral berlaku.
Ibu
bapa jugalah merupakan pendidik di rumah dan wajib memastikan bahawa di rumah
harus ada proses pendidikan seperti yang dilaksanakan di sekolah kerana
pendidikan tidak berakhir di ruang sekolah sahaja. Pendidikan adalah suatu
proses yang berterusan.
Dengan
perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai
cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua
aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan anak-anak kita. Sekolah mahu mencapai
banyak kemajuan dan kecemerlangan selaras dengan hasrat kementerian untuk
meningkatkan keberhasilan murid dan meninggikan professional guru-guru. Tanpa
kesepakatan yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan –kejayaan yang
diharapkan.
Dalam
hal peranan kita bagi melahirkan generasi muda yang dapat menjamin kemajuan,
kemakmuran dan keamanan Negara kita secara berterusan amatlah penting sekali.
Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab
bagi mendidik anak anak kita menjadi insane yang berilmu dan cemerlang
seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara
Malaysia.
No comments:
Post a Comment