Thursday, February 7, 2013

Kata Kata Aluan YDP PIBG 2013/2014


KATA KATA ALUAN YDP PIBG 2013/2014

Assalamualaikum wbkth dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan guru guru yang dapat hadir di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 Kali ke 20 pada hari ini.

Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di Sekolah ini bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini satu peluang terbaik untuk mengakrabkan hubungan dan kesempatan untuk para ibubapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah.

Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini, adalah usaha gigih pelajar , ibu bapa dan guru guru secara bersama dan istiqamah , kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama dari semua pihak.

Justeru itu saya menyeru ibubapa agar sentiasa member sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan , berwibawa dah sahsiah terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan , sikap saling membantu dan berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami.

Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat darinya. Sekian Assalamualaikum.wbkth.


Sekian, terima kasih
Ramli Bin Ahmad
Yang Di Pertua
PIBG SMK Pasir Gudang 2

No comments:

Post a Comment