Wednesday, February 27, 2013

Program Gotong Royong Anjuran PIBG

Pada Hari Sabtu ini bersamaan dengan 2hb Mac 2013,

 Pihak PIBG SMK Pasir Gudang 2

dengan kerjasama Ibu Bapa  

akan mengadakan "Program Gotong Royong memasang lampu limpah 

"Flood Light" dan mencantas pokok di SMKPG 2


Program ini akan bermula jam 9.00 pagi dan semua Ibu Bapa dijemput hadir

 bagi memberikan 

  sokongan tenaga serta sokongan moral untuk menjayakan program ini. 

AJK PIBG Guru lelaki 

adalah diwajibkan hadir. Sila bawa bersama peralatan gotong royong.

Tuesday, February 26, 2013

AJK PIBG 2013/2014

Tahun ini pembubaran  AJK PIBG yang lama telah dilakukan dan perlantikan AJK Baru telah dilaksanakan.
Berikut merupakan AJK PIBG bagi tahun 2013/2014.


YDP PIBG

ENCIK RAMLI BIN AHMAD

NAIB YDP PIBG
PUAN NORZEHAN BT  HJ MANSOR


SETIAUSAHA KEHORMAT  
PUAN MAHANI MAHMUD


PENOLONG SETIAUSAHA

PUAN FARIDAH BT MOHD ARSHAD


BENDAHARI KEHORMAT
PUAN HJH HAFIDZAH BINTI SHAMSI


PENOLONG BENDAHARI
CIK UMI KALSOM BT ZULKIFLI

PUAN SITI NOR ASMAT BT MOHD ZIN


JURU AUDIT

PUAN RAMLAH BINTI TALIB

AJK GURU
ENCIK MOHD AZAM BIN RAMLAN
PUAN FAM YEN KIAW
PUAN DEVAMALARSELVI
PUAN NORASHIKIN BINTI HARUN



AJK IBU BAPA

ENCIK MOHD ALI BIN PONIRAN 
 
ENCIK MOHD ROZMAN BIN JEMAHAT
  ENCIK MAT YASIN BIN MAT SALIN
 ENCIK ABD RAZAK BIN ABD MANAS
ENCIK SUKIMAN BIN BADARI
ENCIK ABD RAHMAN BIN ISMAIL
ENCIK ABD RAHMAN BIN JAAFAR
     PUAN ASMAHYANTI BINTI WAGIMAN

Thursday, February 7, 2013

Mesyuarat Agung Kali ke 20

MESYUARAT AGUNG KALI KE 20 SMK PASIR GUDANG 2


Pada hari Sabtu yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 20. Mesyuarat Agung telah bermula pada jam 8.30am dengan 
dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan Kata Kata Aluan Pengetua dan seterusnya Kata Kata Aluan YDP 2011/2013.
  
 Pelbagai agenda telah dibincangkan sepanjang 4 jam itu. Antara agenda yang telah 
dibincangkan adalah:

1) Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 20

2) Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2012/2013

3) Membentang , Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31   
     Disember 2012

4) Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013

5) Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2013/2014

      dan 

6) Membincangkan usul- usul


 Para Ibu Bapa yang hadir telah banyak memberikan sokongan serta banyak menyumbang idea untuk kecemerlangan sekolah serta pendidikan anak anak mereka.

Majlis telah tamat pada jam 12.30pm dengan nyanyian lagu Negaraku.

Kata Kata Aluan YDP PIBG 2013/2014


KATA KATA ALUAN YDP PIBG 2013/2014

Assalamualaikum wbkth dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan guru guru yang dapat hadir di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 Kali ke 20 pada hari ini.

Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di Sekolah ini bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini satu peluang terbaik untuk mengakrabkan hubungan dan kesempatan untuk para ibubapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah.

Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini, adalah usaha gigih pelajar , ibu bapa dan guru guru secara bersama dan istiqamah , kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama dari semua pihak.

Justeru itu saya menyeru ibubapa agar sentiasa member sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan , berwibawa dah sahsiah terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan , sikap saling membantu dan berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami.

Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat darinya. Sekian Assalamualaikum.wbkth.


Sekian, terima kasih
Ramli Bin Ahmad
Yang Di Pertua
PIBG SMK Pasir Gudang 2

Kata Kata Aluan Pengetua SMK Pasir Gudang 2



KATA KATA ALUAN PENGETUA SMK PASIR GUDANG 2
BAGI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 20 (2013/2014)


Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sebagai pembuka kata marilah kita sama sama mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya maka dengan segala perancangan dan usaha yang jitu, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20 dapat diterjemahkan pada hari ini.

Dalam alam persekolahan, guru bukan hanya berperanan untuk mengajar ilmu-ilmu yang tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan tetapi juga berperanan untuk mendidik , melatih dan membentuk anak anak supaya menjadi pelajar yang pandai, bermaruah, berkeperibadian tinggi, serta memiliki sifat sifat kesahsiahan yang terpuji. Di alam inilah proses mengasah dan memajukan pertumbuhan serta perkembangan seseorang individu dari aspek jasmani, akal, emosi, sosial dan moral berlaku.

Ibu bapa jugalah merupakan pendidik di rumah dan wajib memastikan bahawa di rumah harus ada proses pendidikan seperti yang dilaksanakan di sekolah kerana pendidikan tidak berakhir di ruang sekolah sahaja. Pendidikan adalah suatu proses yang berterusan.

Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan anak-anak kita. Sekolah mahu mencapai banyak kemajuan dan kecemerlangan selaras dengan hasrat kementerian untuk meningkatkan keberhasilan murid dan meninggikan professional guru-guru. Tanpa kesepakatan yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan –kejayaan yang diharapkan.

Dalam hal peranan kita bagi melahirkan generasi muda yang dapat menjamin kemajuan, kemakmuran dan keamanan Negara kita secara berterusan amatlah penting sekali. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak anak kita menjadi insane yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia.

Sekian, Terima Kasih